• Home »
  • HTC »
  • HTC U Ultra Sapphire Edition kini dijual di Malaysia pada harga RM2999

HTC U Ultra Sapphire Edition kini dijual di Malaysia pada harga RM2999

HTC U Ultra Sapphire Edition kini dijual di Malaysia pada harga RM2999

Bagi mereka yang menunggu HTC U Ultra “Sapphire Edition”, kini HTC Malaysia telah mula menawarkan peranti ini di pasaran Malaysia pada harga RM2999.

Perbezaan versi Sapphire ini dengan HTC U Ultra biasa adalah ia mempunyai storan sebesar 128GB berbanding dengan versi biasa yang hanya menawarkan storan 64GB.

Dari segi spesifikasi, peranti ini hadir dengan skrin bersaiz 5.7-inci dengan resolusi 2K, cip Snapdragon 821, dan juga kamera hadapan 16-megapixel. Ia juga mempunyai bateri berkapasiti 3000 mAh yang menyokong pengecasan pantas.

 

SUMBER RUJUKAN

Comments

comments

Share