Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy S8/S8+ secara rasminya dilancarkan di Malaysia

Samsung Galaxy S8/S8+ secara rasminya dilancarkan di Malaysia

Hari ini, Samsung Malaysia secara rasminya telah melancarkan telefon pintar terbaru mereka iaitu Samsung Galaxy S8/S8+ untuk pasaran Malaysia.

Selain daripada dua telefon pintar ini, Samsung turut membawakan sejumlah aksesori seperti Gear VR dengan alat-kawalan, Gear 360 baru, dan juga penyambung ke desktop dinamakan Samsung DeX.

Kali ini, Samsung telah memberi rekaan serba baru untuk Galaxy S8/S8+ dengan skrin menyeluruh dan bingkai nipis yang digelarkan sebagai “Infinity Display”. Cip pemprosesan 10nm turut ditawarkan untuk kuasa pemprosesan yang lebih tinggi dan juga penggunaan tenaga bateri yang efisyen.

Berikutnya adalah spesifikasi untuk Samsung Galaxy S8/S8+:

Samsung Galaxy S8:

  • Skrin 5.8-inci beresolusi Quad HD+
  • Lapan teras (2.3GHz Quad + 1.7GHz Quad), 64 bit, pemproses 10 nm
  • RAM: 4GB
  • Storan: 64GB (boleh diperluaskan sehingga 256GB)
  • Kamera utama: 12MP OIS (F/1.7)
  • Kamera hadapan: 8MP (autofocus, F/1.7)
  • Kalis air dan habuk IP68
  • Samsung Pay
  • Android 7.1 Nougat
  • Bateri bersaiz 3000 mAh

Samsung Galaxy S8+:

  • Skrin 6.2-inci beresolusi Quad HD+
  • Lapan teras (2.35GHz Quad + 1.9GHz Quad), 64 bit, pemproses 10 nm
  • RAM: 4GB
  • Storan: 64GB (boleh diperluaskan sehingga 256GB)
  • Kamera utama: 12MP OIS (F/1.7)
  • Kamera hadapan: 8MP (autofocus, F/1.7)
  • Kalis air dan habuk IP68
  • Samsung Pay
  • Android 7.1 Nougat
  • Bateri bersaiz 3500 mAh

Samsung Galaxy S8 kini dijual di pasaran tempatan pada harga RM3299, manakala Galaxy S8+ pula ditawarkan pada harga RM3699.

SUMBER RUJUKAN

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.