• Home »
  • ZTE »
  • ZTE Blade V8 diperkenalkan di Malaysia dengan penawaran kamera berkembar pada harga RM999

ZTE Blade V8 diperkenalkan di Malaysia dengan penawaran kamera berkembar pada harga RM999

ZTE Blade V8 diperkenalkan di Malaysia dengan penawaran kamera berkembar pada harga RM999

Hari ini, ZTE telah memperkenalkan sebuah telefon pintar di pasaran Malaysia dengan penawaran sistem kamera berkembar, peranti ini dipanggil sebagai ZTE Blade V8. Ia merupakan peranti berspesifikasi pertengahan yang turut menyokong sistem dwi-kamera.

Dari segi spesifikasi, ZTE Blade V8 ini hadir dengan skrin 5.2 inci paparan HD Penuh, pemproses Snapdragon 435, RAM sebesar 3 GB dan storan 32 GB dengan sokongan kad MikroSD.

Untuk rakaman gambar, ia menggunakan kamera utama 13MP dan 2MP f/2.0 serta dengan kamera hadapan 13-Megapixel f/2.2. Kedua-dua kamera utama di bahagian belakang dan hadapan menggunakan sensor Sony yang sama iaitu IMX258.

Bateri peranti ini berkapasiti 2730 mAh dan ia tidak menyokong pengecasan pantas.  Ia menggunkan sistem operasi Android Nougat dengan pelancar MiFavor 4.2.

ZTE Blade V8 mula dijual di pasaran tempatan bermula hari ini pada harga jualan RM 999.

SUMBER RUJUKAN

Comments

comments

Share