• Home »
  • Xiao Mi »
  • Xiaomi Mi Note 2 dijual pada harga RM2499 di Malaysia dengan penawaran 6GB RAM dan Snapdragon 821

Xiaomi Mi Note 2 dijual pada harga RM2499 di Malaysia dengan penawaran 6GB RAM dan Snapdragon 821

Xiaomi Mi Note 2 dijual pada harga RM2499 di Malaysia dengan penawaran 6GB RAM dan Snapdragon 821

Hari ini, Xiaomi Malaysia telah secara rasminya melancarkan telefon pintar baru di pasaran tempatan, iaitu Mi Note 2. Mi Note 2 merupakan telefon pintar yang berspesifikasi tinggi dengan penawaran cip pemprosesan Qualcomm Snapdragon 821.

Dari segi spesifikasi, Mi Note 2 ini hadir dengan skrin dwi-lengkung 5.7 inci paparan OLED dengan resolusi 1080p, dijanakan oleh pemproses Snapdragon 821, RAM LPDDR4 sebesar 6 GB serta ruangan storan 128 GB.

mi-note-2-01

Untuk rakaman gambar, ia menggunakan kamera belakang 22.5-Megapixel f/2.0 dengan sensor IMX 318 , sistem penstabilan EIS tiga paksi dan PDAF. Kamera hadapan pula adalah 8-Megapixel f/2.0 IMX 268 dengan sistem autofokus.

Bateri peranti ini adalah bersaiz 4,070 mAh dengan sokongan pengecasan pantas QuickCharge 3.0 melalui USB Type-C. Ia turut datang dengan Sistem audio AQSTIC disertakan dengan sokongan audio Hi-Fi 192 kHz/24 bit. Ia juga mempunyai sokongan pengimbas capjari di bahagian hadapan dan ia menggunakan MIUI 8 berasaskan Android 6.0 Marshmallow.

Mi Note 2 yang baru diperkenalkan untuk pasaran tempatan ini hanya terdapat dalam warna hitam, ia akan mula dijual di Malaysia dari April 29 pada harga RM2499.

SUMBER RUJUKAN

Comments

comments

Share