Redmi Note 4 versi 64GB bakal dijual di Malaysia pada harga RM949

Redmi Note 4 versi 64GB bakal dijual di Malaysia pada harga RM949

Pada bulan lepas, Xiaomi Malaysia telah memperkenalkan Redmi Note 4 untuk pasaran tempatan. Pada masa itu, Xiaomi hanya menawarkan versi 3GB RAM dan 32GB storan. Kini, Xiaomi telah secara rasminya membawakan Redmi Note 4 versi 4GB RAM dan 64GB storan kepada peminat Xiaomi di Malaysia.

Dari segi spesifikasi, ia menawarkan skrin 5.5 inci dengan paparan HD penuh, pemproses Snapdragon 625, serta dengan bateri sebesar 4,100 mAh.

Untuk rakaman gambar, ia menggunakan kamera belakang 13-megapixel f/2.0 dengan sokongan PDAF dan lampu LED flash. Kamera hadapan pula menggunakan 5 megapixel f/2.0.

Peranti ini dilengkapi dwi-SIM dengan sokongan rangkaian 4G LTE dan VoLTE. Ia turut menggunakan sistem operasi Android 6.0 Marshmallow dengan pelancar MIUI 8.

Di samping itu, ia juga mempunyai pengimbas capjari serta dengan sensor infrared.

Untuk pilihan warna, Xiaomi menawarkan tiga warna untuk Redmi Note 4 ini iaitu kelabu, emas dan hitam. Peranti Redmi Note 4 versi 64GB ini akan dijual di Malaysia pada April 29 dengan harga jualan RM949.

SUMBER RUJUKAN

Comments

comments

Share