Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Webe kini menawarkan 1GB data percuma untuk hotspot

Webe kini menawarkan 1GB data percuma untuk hotspot

Pelan pascabayar Webe menawarkan data tanpa had untuk penggunanya. Tetapi, kekangannya adalah data berkenaan tidak boleh digunakan untuk membuat tethering atau hotspot.

Lanjutan daripada pelbagai permintaan pengguna Webe, Webemobile kini memperkenalkan sokongan hotspot bulanan pada harga langganan RM8 untuk tempoh selama 30 hari dengan penawaran data tethering sebanyak 500MB.

Sebagai pengenalan ini, Webe akan menawarkan promosi 1GB data percuma setiap bulan selama tiga bulan bermula dari bulan April ini.

SUMBER RUJUKAN: WEBE

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.