OPPO A57 bakal diperkenalkan di Malaysia

OPPO A57 bakal diperkenalkan di Malaysia

OPPO A57 dilancarkan di China pada bulan November tahun lepas. Kini, mengikut liputan eksklusif daripada Mdroid, OPPO Malaysia akan memperkenalkan telefon pintar OPPO A57 ini di pasaran tempatan pada bulan April ini.

Dari segi spesifikasi, Oppo A57 menawarkan skrin 5.2 inci 2.5D dengan paparan HD, pemproses Snapdragon 435, memori sebesar 3GB, storan 32GB.

Untuk rakaman gambar, ia menggunakan kamera belakang 13 megapixel dan kamera hadapan 16 megapixel dengan sokongan sudut rakaman mencapai 77.6-darjah.

Liputan tersebut juga menyatakan OPPO A57 ini dijangka akan dijual pada harga RM1198 apabila ia dilancarkan di pasaran tempatan kelak.

SUMBER RUJUKAN

Comments

comments

Share