Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Pra tempahan Samsung Galaxy S8/S8+ di Malaysia akan dibuka dari 11-13 April

Pra tempahan Samsung Galaxy S8/S8+ di Malaysia akan dibuka dari 11-13 April 1Pra tempahan Samsung Galaxy S8/S8+ di Malaysia akan dibuka dari 11-13 April

Hari ini, Samsung telah secara rasminya melancarkan telefon pintar bersiri Galaxy S, iaitu Galaxy S8 dan Galaxy S8+.

Samsung menawarkan rekaan yang cantik untuk siri Galaxy S8 ini disertakan dengan nisbah 80% skrin ke badan.

Samsung Galaxy S8 mempunyai skrin bersaiz 5.8-inci, manakala Galaxy S8+ pula menggunakan skrin 6.2-inci. Kedua-dua peranti ini menawarkan resolusi yang sama iaitu pada 2960×1440 pixel. Bateri untuk Galaxy S8 dan S8+ adalah berkapasiti 3,000mAh dan 3,500mAh.

Galaxy S8 dan S8+ menggunakan cip pemprosesan, memori dan storan yang sama iaitu pemproses lapan-teras berasaskan rekaan 10nm, memori 4GB RAM, dan ruangan storan 64GB UFS 2.1.

Pra tempahan Samsung Galaxy S8/S8+ di Malaysia akan dibuka dari 11-13 April 2

Kemampuan optik untuk dua buah peranti siri Galaxy S8 ini adalah kamera belakang 12-megapixel F/1.7 dengan teknologi Dual Pixel, serta dengan kamera hadapan 8-megapixel F/1.7.

Sistem operasi yang digunakan untuk Galaxy S8 adalah Android 7.0 serta dengan antaramuka baru.

Ciri-ciri lain yang turut disertakan ke dalam peranti siri Galaxy S8 ini termasuk sokongan pengecasan pantas dan pengecasan tanpa wayar, serta dengan port USB Type-C untuk pengecasan dan bicu audio 3.5mm.

Selain itu, peranti-peranti Galaxy S8 ini juga mempunyai sokongan pengimbas cap jari, kalis air, NFC serta pengimbas mata untuk memudahkan anda mengakses peranti serta menambah sekuriti peranti ini.

Samsung juga memperkenalkan sokongan pembantu maya dinamakan Bixby pada telefon pintar ini – serta menggunakan sebuah butang khas pada bahagian kiri peranti untuk mengaksesnya dengan pantas.

Pra tempahan Samsung Galaxy S8/S8+ di Malaysia akan dibuka dari 11-13 April 3

Selain daripada itu, Samsung Galaxy S8/S8+ ini juga hadir dengan Samsung Dex yang membolehkan telefon pintar anda dihubungkan ke monitor dan membolehkan anda menggunakan ia sebagai sebuah komputer biasa.

Pra tempahan Samsung Galaxy S8/S8+ di Malaysia akan dibuka dari 11-13 April 4Samsung Malaysia akan membuka pra-tempahan Galaxy S8 ini dari 11 hingga 13 April 2017 kelak.

Peranti ini akan ditawarkan dengan tiga warna sahaja untuk fasa permulaan di Malaysia, iaitu hitam, kelabu dan juga emas.

SUMBER RUJUKAN

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.