• Home »
  • Digi »
  • Pelan pascabayar Digi terbaru menawarkan data dan panggilan tanpa had dari RM80 sebulan

Pelan pascabayar Digi terbaru menawarkan data dan panggilan tanpa had dari RM80 sebulan

Pelan pascabayar Digi terbaru menawarkan data dan panggilan tanpa had dari RM80 sebulan

Bagi pengguna yang ingin menikmati kuota data tanpa had, anda kini boleh melanggani pelan pascabayar terbaru daripada Digi yang dipanggil Digi Postpaid INFINITE yang menawarkan kuota data internet tanpa had. Ia terdapat dua jenis iaitu Postpaid 150 INFINITE dan Postpaid 80 INFINITE.

Bagi Pelan Postpaid 150 INFINITE, ia menawarkan kuota internet tanpa had, panggilan percuma, 1000 SMS percuma dan perkhidmatan Hotspot tanpa had dengan bayaran bulanan RM 150.

Pelan Postpaid 80 INFINITE hadir dengan penawaran panggilan dan kuota internet tanpa had dengan kelajuan sehingga 5 Mbps. ia juga disertakan 300 SMS percuma dan perkhidmatan Hotspot sehingga 5 GB sebulan selama setahun dengan bayaran bulanan RM 80.

Pelan Postpaid INFINITE ini kini boleh dilanggani secara atas talian. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi Digi hari ini.

Comments

comments

Share