Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Oukitel melancarkan K6000 Plus, U16 Max dan U20 Plus di Malaysia

Oukitel melancarkan K6000 Plus, U16 Max dan U20 Plus di Malaysia 1Oukitel melancarkan K6000 Plus, U16 Max dan U20 Plus di Malaysia

Baru-baru ini, Oukitel — jenama telefon pintar dari China telah secara rasminya memasuki pasaran Malaysia dengan pelancaran tiga peranti baru tersendiri iaitu Oukitel K6000 Plus, U16 Max dan U20 Plus.

Bowman Qi, CEO Oukitel berkata bahawa Oukitel akan membuka 800 kedai dan 12 service center di Malaysia. Selain itu, Oukitel turut ingin membuka 5 kedai konsep untuk tahun ini.

Oukitel melancarkan K6000 Plus, U16 Max dan U20 Plus di Malaysia 2

Oukitel K6000 Plus adalah sebuah telefon pintar yang bersaiz 5.5 inci. Ia menggunakan paparan HD penuh, pemproses MediaTek MTK6750T, RAM sebesar 4 GB dan storan 64 GB  yang boleh diperluaskan melalui kad MikroSD sehingga 128 Gigabyte.

Kamera belakang menggunakan 16-Megapixel dengan sensor Sony IMX298 dan kamera hadapan pula adalah 8-Megapixel.

Bateri ia sebesar 6080 mAh dan disertakan dengan sokongan pengecasan pantas 12V/2A dan boleh berfungsi sebagai power bank. Peranti ini dijual akan dijual di Malaysia bermula April hadapan pada harga RM999.

Oukitel melancarkan K6000 Plus, U16 Max dan U20 Plus di Malaysia 3

Oukitel U16 Max pula hadir dengan skrin bersaiz 6 inci dengan paparan HD, pemproses MediaTek MTK6753, RAM sebesar 3 GB dan storan 32 GB. Bateri ia berkapasiti 4000 mAh dengan sokongan pengecasan pantas 5V/1.2A.

Untuk rakaman gambar, ia menawarkan kamera belakang 13 Megapixel dan kamera hadapan 5-Megapixel. Peranti ini akan mula dijual di Malaysia pada April dengan harga RM 889.

Oukitel melancarkan K6000 Plus, U16 Max dan U20 Plus di Malaysia 4

Oukitel U20 Plus telah dilancarkan sebelum ini. Ia menawarkan skrin bersaiz 5.5 inci dengan paparan HD penuh, pemproses MediaTek MTK6737T, RAM sebesar 2 GB dan storan 16 GB. Ia mempunyai dwi-kamera utama sebesar 13 + 0.3 Megapixel serta dengan kamera hadapan 5-Megapixel. Bateri ia sebesar 3,300 mAh dan kini dijual di Malaysia pada harga RM 639.

SUMBER RUJUKAN

 

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.