• Home »
  • Asus »
  • Asus Zenfone 3 Zoom kini dipasarkan di Malaysia pada harga RM2099

Asus Zenfone 3 Zoom kini dipasarkan di Malaysia pada harga RM2099

Asus Zenfone 3 Zoom kini dipasarkan di Malaysia pada harga RM2099

Asus telah memperkenalkan Zenfone Zoom generasi kedua pada acara CES 2017 awal tahun ini. Kini Asus telah secara rasminya menawarkan telefon pintar Zenfone 3 Zoom ini untuk pasaran tempatan.

Asus Zenfone 3 Zoom ini dilengkapi sokongan dwi-kamera pada bahagian belakang. Ia turut menawarkan sokongan zoom sehingga 2.3x zoom optikal atau sehingga 12x zoom digital. Peranti ini menggunakan dwi-kamera 12-megapixel f/1.7 pada bahagian belakang dan disertakan dengan sokongan sensor RGB dalam merakamkan gambar dengan baik, selain kebolehan autofokus dengan pantas.

Untuk rakaman selfie, Asus Zenfone 3 Zoom ini menawarkan kamera 13-megapixel pada bahagian hadapan.

Dari segi spesifikasi, telefon pintar baru Asus ini hadir dengan skrin AMOLED 5.5-inci paparan HD penuh yang dilindungi oleh Corning Gorilla Glass 5, pemproses Snapdragon 625, memori 4GB RAM dan ruangan storan 64GB yang boleh diperluaskan melalui kad mikroSD sehingga 2TB.

Bateri ia pula sebesar 5,000mAh dan mengecas melalui USB Type-C. Ia juga mempunyai pengimbas capjari di bahagian belakang serta dengan dwi-SIM yang menyokong rangkaian 4G LTE. Peranti ini menggunakan ZenUI 3.0 berasaskan sistem operasi Android 6.0 Marshmallow.

Asus Zenfone 3 Zoom ini mula ditawarkan di pasaran Malaysia sekarang pada harga RM2,099. Pilihan warna yang ditawarkan untuk peranti ini adalah hitam, kelabu dan ros emas.

SUMBER RUJUKAN: DIRECTD

Comments

comments

Share