Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Redmi 4A diperkenalkan di Malaysia pada harga RM509

Redmi 4A diperkenalkan di Malaysia pada harga RM509 1Redmi 4A diperkenalkan di Malaysia pada harga RM509

Xiaomi Malaysia telah mengumumkan bahawa telefon pintar berspesifikasi pertengahan baru mereka iaitu Redmi 4A akan bermula ditawarkan di pasaran Malaysia pada 18 Mac iaitu hari Sabtu ini.

Redmi 4A diperkenalkan di Malaysia pada harga RM509 2

Peranti ini hadir dengan skrin bersaiz 5-inci paparan HD, pemproses Snapdragon 425, memori sebesar 2GB RAM, storan 32GB yang boleh diperluaskan melalui kad mikroSD dan bateri bersaiz 3,120 mAh.

Untuk rakaman gambar, ia dilengkapkan dengan kamera belakang 13-megapixel dan kamera hadapan 5-megapixel. Ia mempunyai dwi-SIM yang menyokong rangkaian 4G LTE dan ia menggunakan sistem operasi MIUI 8 yang berasaskan Android 6.0.1 Marshmallow.

Redmi 4A ini akan mula dijual di pasaran Malaysia pada harga RM509, pilihan warna yang ditawarkan untuk pasaran tempatan termasuk kelabu dan emas.

SUMBER RUJUKAN

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.