Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Redmi Note 4 diperkenalkan di Malaysia pada harga RM799, boleh dipratempah pada 10 Mac

Redmi Note 4 diperkenalkan di Malaysia pada harga RM799, boleh dipratempah pada 10 Mac

Hari ini, Xiaomi Malaysia telah secara rasminya melancarkan Redmi Note 4 untuk pasaran Malaysia.

Dari segi spesifikasi, ia menawarkan skrin 5.5 inci dengan paparan HD penuh, pemproses Snapdragon 625, 3GB RAM, storan 32GB serta dengan bateri sebesar 4,100 mAh.

Untuk rakaman gambar, Redmi Note 4 ini menggunakan kamera belakang 13-megapixel f/2.0 dengan sokongan PDAF dan lampu LED flash. Kamera hadapan pula menggunakan 5 megapixel f/2.0.

Peranti ini dilengkapi dwi-SIM dengan sokongan rangkaian 4G LTE dan VoLTE. Ia turut menggunakan sistem operasi Android 6.0 Marshmallow dengan pelancar MIUI 8.

Di samping itu, ia juga mempunyai pengimbas capjari serta dengan sensor infrared.

Redmi Note 4 ini terdapat 4 pilihan warna iaitu perak, kelabu, emas dan hitam. Pra tempahan akan bermula pada 10 Mac ini dengan harga jualan RM 799 sebuah. Jualan akan dibuka bermula pada 16 Mac.

SUMBER RUJUKAN

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.