Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Huawei Siri P10 diperkenalkan di Malaysia: Harga bermula dari RM1299

Huawei Siri P10 diperkenalkan di Malaysia: Harga bermula dari RM1299

Selepas Huawei melancarkan Huawei siri P10 di acara MWC 2017 bulan lalu, kini Huawei Malaysia telah secara rasminya memperkenalkan Huawei P10 Lite, P10 dan P10 Plus untuk pasaran tempatan.

Dari segi spesifikasi, Huawei P10 Lite hadir dengan skrin 5.2 inci HD penuh, pemproses Kirin 655, kamera utama 12 megapixel, kamera hadapan 8 megapixel, RAM sebesar 4GB RAM, storan 32GB dan bateri bersaiz 3,000 mAh. Ia turut mempunyai pengimbas cap jari pada panel belakang.

Bagi Huawei P10 pula, ia mempunyai skrin 5.1 inci HD IPS-NEO dengan paparan HD penuh dan kaca gorilla 5, pemproses Kirin 960, penawaran dwi kamera belakang berjenama Leica (12 megapixel dan 20 megapixel monochrome SUMMARIT-H f/2.2), 8 megapixel kamera hadapan, RAM sebesar 4GB, storan 64 GB dan bateri berkapasiti 3,200mAh yang menyokong pengecasan pantas melalui USB Type-C.

Huawei P10 Plus dengan penawaran spesifikasi tertinggi pula hadir dengan skrin 5.5 inci paparan 2k, cip pemprosesan Kirin 960, memori 6GB RAM, ruangan storan 128GB, kamera belakang Leica Pro gabungan 12+20MP F/1.8, kamera hadapan 8-megapixel f/1.9 berteknologi Leica, dan bateri sebesar 3,750mAh yang turut menyokong pengecasan pantas.

Kedua-dua Huawei P10 dan P10 Plus ini menawarkan pengimbas capjari di bahagian hadapan dan menggunakan EMUI 5.1 berasaskan sistem operasi Android 7.0 Nougat.

Huawei P10 dan P10 Lite akan ditawarkan di Malaysia pada 31 Mac 2017 serta pra tempahan bermula pada 23 Mac. Huawei P10 Lite ditawarkan pada harga RM1,299. Huawei P10 dijual pada harga RM2,499, manakala Huawei P10 Plus yang berharga RM3,099 akan dijual di pasaran Malaysia pada 15 April. Pilihan warna untuk Huawei siri P10 ini hanya terdapat emas dan hitam buat masa ini.

 

SUMBER RUJUKAN

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.