• Home »
  • Xiao Mi »
  • Xiaomi melancarkan Mi 5c dengan penawaran cip pemprosesan pertama Xiaomi — Surge S1

Xiaomi melancarkan Mi 5c dengan penawaran cip pemprosesan pertama Xiaomi — Surge S1

Xiaomi melancarkan Mi 5c dengan penawaran cip pemprosesan pertama Xiaomi — Surge S1

Hari ini, Xiaomi telah mengumumkan cip pemprosesan mereka tersendiri yang dinamakan sebagai Surge S1 secara rasminya dilancarkan di China.

Selain daripada pelancaran cip pemprosesan tersendiri, Xiaomi turut memperkenalkan Mi 5c yang menjadi peranti pertama yang menggunakan cip pemprosesan Xiaomi Surge S1 ini.

Dari segi spesifikasi, Xiaomi Mi 5c menawarkan skrin bersaiz 5.15-inci paparan HD penuh, pemproses lapan-teras, memori 3GB RAM, ruangan storan 64GB, kamera belakang 12-megapixel dan kamera hadapan 8-Megapixel.

Bateri ia bersaiz 2,800 mAh dan menyokong pengecasan pantas 9V/2A. Pengimbas cap jari pula terletak pada bahagian hadapan.

Ia akan dijual di China pada harga CNY1,499 (sekitar RM970).

Comments

comments

Share