Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi Mi Box bakal dijual di Malaysia pada harga RM349

Xiaomi Mi Box bakal dijual di Malaysia pada harga RM349

Kebanyakan pengguna internet semestinya tidak berasa asing lagi terhadap set kotak-televisyen yang memberi kemudahan untuk menonton program TV melalui data internet.

Kini, Xiaomi Malaysia telah mengumumkan bahawa penjualan set kotak-televisyen Xiaomi Mi Box akan bermula Jumaat ini dengan harga jualan RM 349 sebuah.

Xiaomi Mi Box ini mempunyai sokongan memainkan video pada resolusi 4K dan HDR10. Dari segi spesifikasi, ia hadir dengan cip pemprosesan empat-teras dan memori sebesar 2GB RAM.

Selain itu, Xiaomi turut menyediakan alat kawalan yang boleh dikawal menggunakan arahan suara. Anda juga boleh membeli alat kawalan Mi Game Controller secara berasingan untuk bermain game dengan Mi Box ini.

SUMBER RUJUKAN

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.