• Home »
  • Lg »
  • LG G6 dengan penawaran skrin nisbah 18:9 diperkenalkan di MWC 2017

LG G6 dengan penawaran skrin nisbah 18:9 diperkenalkan di MWC 2017

LG G6 dengan penawaran skrin nisbah 18:9 diperkenalkan di MWC 2017

Acara MWC 2017 bermula sejak dua hari yang lalu. LG telah memperkenalkan LG G6 secara rasmi. LG G6 ini merupakan telefon pintar utama daripada LG untuk tahun 2017 ini.

Ia hadir dengan skrin 5.7 inci paparan AMOLED QHD dengan nisbah 18:9 Fullvision ini menyokong paparan HDR10 dan Dolby Vision. Ia adalah peranti pertama di dunia yang menyokong paparan Dolby Vision.

Dari segi spesifikasi, ia menawarkan pemproses Snapdragon 821, RAM sebesar 4 Gigabyte dan storan 32 Gigabyte. Bateri ia berkapasiti 3,300 mah dengan sokongan pengecasan pantas QuickCharge 3.0.

Untuk rakaman gambar, ia turut menggunakan kamera utama berkembar dengan resolusi 13+13 Megapixel. Satu lensa untuk rakaman gambar biasa manakala sebuah lagi dengan sistem zoom optikal 2X. Kamera hadapan adalah kamera sebesar 5-Megapixel. Kamera belakang dan hadapan mempunyai lensa sudut lebar.

Badan LG G6 diperbuat daripada logam dan ia tidak lagi menyokong sistem aksesori modular seperti LG G5, tetapi LG menambahkan ketahanan kalis air serta debu IP68 untuknya. Ia menggunakan sistem operasi LG UX 6.0 berasaskan Android Nougat 7.1.

Selain itu, LG turut menawarakan sistem pembantu maya Google Assistant yang selama ini eksklusif kepada peranti Google Pixel disertakan sekali.

Ia datang dengan tiga pilihan warna iaitu perak, putih dan hitam. Harga dan tarikh jualan dimulakan belum diumumkan.

SUMBER RUJUKAN

Comments

comments

Share