Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Nokia 3310 versi 2017 diperkenalkan pada harga EUR49

Nokia 3310 versi 2017 diperkenalkan pada harga EUR49

HMD Global telah melancarkan telefon baru mereka yang dipanggil sebagai Nokia 3310 di acara MWC hari ini.

Kebanyakan pengguna telefon bermula dengan jenama Nokia ini, dan Nokia 3310 ini yang buat kali pertama diperkenalkan pada 17 tahun yang lalu adalah peranti yang paling popular antara semua telefon jenama Nokia.

Syarikat Nokia ingin menggunakan pelancaran Nokia 3310 ini untuk membuat pengumuman rasmi bahawa Nokia telah kembali ke dunia telefon mudah alih.

Walaubagaimanapun, Nokia 3310 baru ini sebenarnya hanyalah telefon mudah alih yang biasa sahaja. Tetapi, ia mempunyai tahap ketahanan bateri luar biasa sehingga 30 hari dan masa bercakap sehingga 22 jam.

Rekaan klasik Nokia 3310 dikekalkan dengan sentuhan moden. Perubahan dilakukan dari segi saiz skrin yang lebih besar dan kini berwarna.

Susunan butang masih lagi sama seperti dahulu dan permainan klasik Snake turut disertakan. Ia turut menawarkan skrin 2.4 inci yang berwarna dan disertakan dengan storan 16 MB yang boleh diperluaskan melalui kad MikroSD sehingga 32 GB. Ia juga boleh mengambil gambar dengan kamera 2-Megapixel pada panel belakang.

Ia mempunyai empat pilihan warna, iaitu merah, kuning, kelabu dan biru. Pada harga jualan  EUR49 (~RM217), adakah anda akan membeli sebuah jika ia boleh didapati di pasaran tempatan?

SUMBER RUJUKAN

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.