• Home »
  • Oppo »
  • Harga jualan OPPO F1 Plus kini dikurangkan kepada RM1398

Harga jualan OPPO F1 Plus kini dikurangkan kepada RM1398

imageHarga jualan OPPO F1 Plus kini dikurangkan kepada RM1398

Oppo F1 Plus merupakan salah satu telefon pintar memfokuskan fungsi selfie yang telah diperkenalkan oleh Oppo pada bulan April tahun lalu.

Kini, pihak Oppo telah mengemaskini harga jualan untuk Oppo F1 Plus. Harganya dikurangkan dari RM1898 kepada RM1398.

Oppo F1 Plus ini hadir dengan skrin paparan IPS LTPS AMOLED berukuran 5.5-inci (401ppi), pemproses lapan teras yang berkelajuan 2.0Ghz, memori 4GB RAM , ruangan storan 64GB dan bateri berkapasiti 2,850mAh yang turut hadir dengan sokongan pengecasan pantas VOOC.

image

Selain itu, Oppo F1 Plus ini juga hadir dengan kamera utama 13MP manakala kamera selfie adalah 16MP dengan aperture f/2.4 manakala aperture bagi kamera belakang adalah f/2.0.

Oppo F1 Plus ini juga mempunyai sokongan dwi-SIM (nano + nano) , slot microSD ( tambahan 128GB) , Wi-Fi 802.11 b/g/n , Bluetooth , GPS dan ColorOS 3.0 yang berasaskan Android 5.1 Lollipop.

Jika anda berminat dengan peranti yang memfokuskan selfie serta mempunyai skrin yang besar, anda kini boleh memliki OPPO F1 Plus ini pada harga RM1398.

Comments

comments

Share