Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy C9 Pro bakal dijual di Malaysia pada Mac 10 dengan harga RM2299

galaxy-c9-pro-A01Samsung Galaxy C9 Pro bakal dijual di Malaysia pada Mac 10 dengan harga RM2299

Hari ini, Samsung telah mengumumkan sebuah telefon pintar berspesifikasi pertengahan iaitu Galaxy C9 Pro akan dilancarkan untuk pasaran tempatan pada 10 Mac kelak.

Galaxy C9 Pro ini bersaiz 6 inci dan ia dilengkapi dengan paparan Super AMOLED HD Penuh. Peranti ini menggunakan cip lapan-teras 1.95Ghz, memori 6GB RAM dan ruangan storan 64GB yang boleh diperluaskan melalui kad MikroSD. Bateri ia bersaiz 4,000 mAh dengan sokongan pengecasan pantas berasaskan USB Type-C.

Untuk rakaman gambar, ia menggunakan kamera hadapan dan belakang 16-megapixel. Ia turut menyertakan pengimbas cap jari di bahagian hadapan.

Selain itu, Samsung Galaxy C9 Pro ini juga mempunyai sokongan Always on Display. Peranti ini terdapat tiga pilihan warna iaitu hitam, emas dan pink emas.

Jika anda berminat untuk memilikinya, Galaxy C9 Pro ini boleh didapati daripad pengedar rasmi Samsung seluruh negara bermula dari 10 Mac 2017 pada harga RM2,299.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.