Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Honor 8 Lite dilancarkan di China: Harga bermula dari RM905!

Honor-8-Lite-1Honor 8 Lite dilancarkan di China: Harga bermula dari RM905!

Hari ini, Honor telah secara rasminya melancarkan telefon pintar terbaru mereka yang berspesifikasi pertengahan, iaitu Honor 8 Lite.

Honor 8 Lite ini mengikuti rekaan badan Honor 8. Peranti ini hadir dengan skrin 5.2-inci paparan HD penuh, cip pemprosesan Kirin 655 serta bateri yang bersaiz 3,000 mAh.

Untuk rakaman gambar, ia menggunakan kamera belakang 12-megapixel, dan kamera hadapan 8-megapixel. Ia turut datang dengan sokongan pengimbas cap jari di bahagian belakang dan menggunakan Android 7.0 Nougat, serta antaramuka EMUI 5.0.

Peranti ini terdapat empat pilihan warna iaitu Midnight Black, Streamer Gold, Sea Blue, and Pearl White. Honor 8 Lite ini mempunyai tiga versi pilihan memori:

  • 3GB RAM+32GB ROM: CNY1,099 (kira-kira RM711)
  • 4GB RAM+32GB ROM: CNY1,399 (kira-kira RM905)
  • 4GB RAM+64GB ROM:  CNY1,599 (kira-kira RM1,035)

SUMBER RUJUKAN

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.