Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Honor 6X dilancarkan di Malaysia: Harga bermula dari RM1199

honor-6x-01Honor 6X dilancarkan di Malaysia: Harga bermula dari RM1199

Hari ini, Honor Malaysia telah secara rasminya melancarkan telefon pintar terbaru mereka, iaitu Honor 6X di pasaran tempatan.

Telefon pintar Honor 6X ini berspesifikasi pertengahan dan ciri-ciri utamanya jatuh pada dwi-kamera yang terletak di bahagian belakang.

huawei-honor-6x-dual-camera-featured

Dari segi spesifikasi, Honor 6X ini menawarkan skrin bersaiz 5.5-inci paparan HD penuh, ia menggunakan pemproses Kirin 655 serta dengan memori 3GB/4GB RAM dan ruangan storan 32GB/64GB yang boleh diperluaskan melalui kad mikroSD. Bateri ia bersaiz 3,340 mAh dan turut menggunakan EMUI 4.1 yang berasaskan Android 6.0 Marshmallow.

Honor 6X mempunyai gabungan kamera 12-megapixel dan 2-megapixel pada bahagian belakang dalam membolehkan pengguna merakamkan gambar dalam bentuk bokeh. Kamera depan adalah 8 megapixel. Ia turut disertakan pengimbas capjari di bawah dwi-kamera.

honor-6x-gold_hands-on_022

Honor 6X ini terdapat tiga pilihan warna iaitu Perak, Emas dan Kelabu. Versi 32GB akan dijual dari 17 Februari pada harga RM1,199, manakala versi 64GB berharga RM1,399 dan boleh didapati di pasaran Malaysia pada 6 Mac.

Honor 6X versi 32GB ini kini boleh dipratempah di lazada dan directd. 50 pembeli utama Honor 6X ini akan menerima hadiah percuma termasuk baucer petrol sebanyak RM100, fon telinga dan kes pelindung.

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.