Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy Tab S3 bakal diperkenalkan di MWC 2017 pada 26 Februari ?

gsmarena_001

Samsung Galaxy Tab S3 bakal diperkenalkan di MWC 2017 pada 26 Februari ?

Sejak beberapa bulan yang lepas, desas desus mengenai Galaxy Tab S3 tablet telah banyak kali dikhabarkan. Kini, peranti ini telah didedahkan di laman web Suruhanjaya Komunikasi Persekutuan Amerika Syarikat (FCC). Mengikut infomasi yang dikemukakan oleh FCC, Galaxy Tab S3 ini terdapat dua model iaitu versi Wi-Fi SM-T825 dan model SM-T820 yang menyokong rangkaian LTE.

Hari ini, Samsung secara rasminya mengesahkan mereka akan mengadakan acara khas pada 26 Februari untuk memperkenalkan sebuah peranti yang baru di acara Mobile World Congress (MWC 2017).

b1d9e8ae609aebe

Sebelum ini, Samsung telah mengesahkan bahawa Galaxy S8 tidak akan dilancarkan pada MWC 2017, kemungkinan besar Samsung akan memperkenalkan Galaxy Tab S3 pada acara MWC 2017 ini.

Galaxy Tab S3 ini dikatakan akan hadir dengan skrin 9.6 inci dengan paparan beresolusi 2048 × 1536 (4: 3), ia menggunakan pemproses Qualcomm Snapdragon 820 serta memori 4GB RAM. Sebaliknya, Galaxy Tab S2 pula hanya menawarkan memori 3GB RAM.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.