Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Wiko Ufeel Fab dilancarkan di Malaysia pada harga RM799

Wiko Ufeel Fab dilancarkan di Malaysia pada harga RM799

Wiko Malaysia telah melancarkan peranti terbaru mereka di pasaran tempatan iaitu Wiko UFeel Fab.

Peranti yang berspesifikasi pertengahan ini menawarkan bateri sebesar 4,000 mAh yang sesuai untuk pengguna yang selalu menggunakan telefon pintar mereka.

Dari segi spesifikasi, Ufeel Fab ini hadir dengan skrin 5.5 inci paparan HD. Ia dijanakan oleh cip pemproses empat teras dengan memori 3GB RAM dan ruangan storan 32GB.

Untuk rakaman gambar, ia dilengkapi kamera belakang 13MP dan kamera depan 5MP. Ia menggunakan sistem operasi Android 6.0 Marshmallow.

Pilihan warna Ufeel Fab ini termasuk Ros emas, Kelabu dan Hitam. Ia kini dijual di pasaran tempatan pada harga RM799.

SUMBER RUJUKAN

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.