• Home »
  • Doogee »
  • Doogee Shoot 1 dengan penawaran dwi-kamera belakang diperkenalkan di Malaysia pada harga RM699

Doogee Shoot 1 dengan penawaran dwi-kamera belakang diperkenalkan di Malaysia pada harga RM699

170117doogeeshoot101

Doogee Shoot 1 dengan penawaran dwi-kamera belakang diperkenalkan di Malaysia pada har
ga RM699

Doogee Malaysia telah mengumumkan kedatangan peranti baru mereka ke pasaran Malaysia iaitu Doogee Shoot 1 yang memfokuskan kamera utamanya.

 

Dari segi spesifikasi, Peranti ini menawarkan skrin 5.5 inci dengan paparan HD penuh. Ia dijanakan oleh pemproses MediaTek MTK6737T 1.5GHz empat teras dan memori 2GB RAM dan ruangan storan 16GB. Bateri peranti ini adalah 3,300 mAh.

170117doogeeshoot102

Sebagai fokus utama telefon pintar ini, Doogee Shooter 1 menggunakan kamera belakang 13MP f/2.2 dengan sensor Samsung S5K3L8 dan 8MP f/2.4 disertakan dengan teknologi PDAF dan dwi lampu LED. Kamera hadapan adalah 8 megapixel.

Ciri-ciri lain yang turut hadir dalam peranti ini adalah pengimbas capjari, dwi-SIM yang menyokong rangkaian 4G LTE dan ia menggunakan sistem operasi Android 6.0 Marshmallow.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web Facebook Doogee Mobile untuk mengetahui lebih mengenainya.

SUMBER RUJUKAN

Comments

comments

Share