Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Vivo V5 Plus kini boleh dipratempah di Malaysia pada harga RM1799

vivo-V5Plus-Pre-OrderVivo V5 Plus kini boleh dipratempah di Malaysia pada harga RM1799

Vivo Malaysia bakal melancarkan Vivo V5 Plus di Malaysia pada 20 Januari. V5 Plus ini kini boleh dipratempah pada harga RM1,799. Ia dikatakan akan memberi saingan yang hebat kepada OPPO R9s yang baru dilancarkan pada awal bulan ini.

Dari segi spesifikasi, Vivo V5 Plus ini hadir dengan skrin 5.5 inci paparan HD penuh, ia dijana oleh pemproses Qualcomm Snapdragon 625 dan dilengkapi memori 4GB RAM dan ruangan storan 64GB.

Untuk rakaman gambar, ia menggunakan kamera belakang 16 megapixel dan dwi-kamera depan 20MP + 8MP. Bateri peranti ini bersaiz 3,610 mAh dengan sokongan pengecasan pantas.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web DirectD.

SUMBER RUJUKAN

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.