Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Moto M dengan penawaran 4GB RAM ditawarkan di Malaysia pada harga RM1199

Moto-M_2-1024x1024Moto M dengan penawaran 4GB RAM ditawarkan di Malaysia pada harga RM1199

Baru-baru ini, Lenovo Malaysia telah memperkenalkan telefon pintar Motorola Moto M untuk pasaran tempatan.

Moto M ini hadir spesifikasi pertengahan, dan ia dijual di pasaran Malaysia pada harga RM1,199.

Dari segi spesifikasi, Moto M ini dilengkapi dengan skrin bersaiz 5.5-inci pada paparan HD penuh, dijana oleh pemproses MediaTek Helio P15, dan memori 4GB RAM serta ruangan storan 32GB. Bateri peranti ini bersaiz 3,050 mAh dan disokong oleh pengecasan pantas 10W.

Untuk rakaman gambar, ia menggunakan kamera belakang 16-megapixel dan kamera hadapan 8-megapixel.

Ia menggunakan sistem operasi Android 6.0 Marshmallow dengan sokongan dwi-SIM.

Moto M ini terdapat dua pilihan warna iaitu emas dan kelabu, ia turut hadir dengan sokongan jaminan setahun daripada Lenovo Malaysia.

SUMBER RUJUKAN

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.