Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Nokia 6 diperkenalkan dengan penawaran pemproses Snapdragon 430 dan Android Nougat!

nokia-6-650x365Nokia 6 diperkenalkan dengan penawaran pemproses Snapdragon 430 dan Android Nougat!

Nokia telah memperkenalkan telefon pintar terbaru untuk tahun 2017 iaitu Nokia 6. Peranti baru Nokia ini hadir dengan spesifikasi pertengahan, tetapi tubuh peranti yang diperbuat daripada logam ini nampak premium seperti peranti Nokia Lumia sebelum ini.

 

Dari segi spesifikasi, Nokia 6 ini menawarkan skrin bersaiz 5.5-inci dengan paparan beresolusi 1080p disertakan dengan kaca 2.5D dengan Gorilla Glass di atas.

Ia dilengkapi pemproses Qualcomm Snapdragon 430 dengan memori 4GB RAM dan ruangan storan 64GB.

Untuk rakaman gambar, telefon pintar baru Nokia ini menggunakan kamera belakang 16MP dan kamera hadapan 8MP. Bateri peranti ini berkapasiti 3,000 mAh.

Sistem operasi Nokia 6 ini menggunakan Android Nougat. Ia turut hadir dengan sokongan Dolby Atmos untuk penikmatan muzik yang lebih berkualiti.

Telefon pintar Nokia 6 ini akan dijual di pasaran China bulan ini pada harga jualan CNY 1,699 (kira-kira RM1,100).

SUMBER RUJUKAN MDROID

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.