Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Huawei Mate 9 Pro tiba ke pasaran Malaysia pada harga RM3399

mate 9 pro 01Huawei Mate 9 Pro tiba ke pasaran Malaysia pada harga RM3399

Huawei Mate 9 Pro mempunyai rekaan melengkung di tepi skrin. Ia hadir dengan skrin bersaiz 5.5-inci dengan paparan AMOLED Quad HD dan disertakan dengan pengimbas cap jari yang diletakkan di hadapan.

Dari segi spesifikasi, ia dijanakan oleh pemproses Kirin 960, memori 6GB RAM dan ruangan storan 128GB tanpa sokongan mikro-SD. Bateri peranti ini bersaiz 4,000 mAh dan menyokong teknologi pengecasan pantas Huawei sendiri iaitu SuperCharge.

mate 9 pro 02

Kemampuan optik Mate 9 Pro ini adalah kamera belakang gabungan penjenamaan Leica 20-megapixel monokrom, dan 12-megapixel RGB. Ia juga dilengkapi kamera hadapan 8 megapixel.

Mate 9 Pro ini akan datang dalam dua pilihan warna iaitu kelabu dan emas. Ia akan dijual pada harga RM3,399 dan boleh didapati daripada pengedar rasmi Huawei seluruh negara bermula hari ini.

Di samping itu, Huawei Malaysia akan turut menawarkan hadiah yang menarik seperti voucher hotel sebanyak RM 500, Flip Case original, Huawei PowerBank and waranti untuk skrin LCD selama tiga bulan secara percuma kepada pembeli Huawei Mate 9 Pro ini.

SUMBER RUJUKAN

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.