• Home »
  • Celcom »
  • Celcom kini menawarkan pelan prabayar XPAX baru dengan penawaran internet 10GB dari RM50!

Celcom kini menawarkan pelan prabayar XPAX baru dengan penawaran internet 10GB dari RM50!

xpax-nokelentong_01Celcom kini menawarkan pelan prabayar XPAX baru dengan penawaran internet 10GB dari RM50!

Hari ini, Celcom telah melancarkan pelan prabayar Xpax baru yang dinamakan sebagai Xpax No Kelentong.

Xpax No Kelentong ini datang dengan internet asas 64kbps sebanyak 10GB serta dengan penawaran 10GB untuk Facebook.

Kedua-dua penawaran ini diberi kepada pengguna secara percuma asalkan akaun Xpax mereka aktif.

Untuk internet highspeed pula, Xpax terbaru ini menawarkan pelan baru seperti berikut:

  • RM3 untuk 1GB – digunakan dalam masa 24 jam.
  • RM10 untuk 2GB – digunakan dalam masa 7 hari.
  • RM30 untuk 5GB – digunakan dalam masa 30 hari.
  • RM50 untuk 10GB – digunakan dalam masa 30 hari.

Bagi mereka yang ingin membuat panggilan atau SMS, pelan XPAX yang terbaru ini akan mengenakan bayaran sebanyak 30 sen untuk panggilan seminit dan 15 sen untuk setiap SMS.

Selain itu, Xpax juga menawarkan beberapa servis tambahan seperti berikut:

  • RM1 untuk panggilan tanpa had ke satu nombor bagi tempoh 24 jam.
  • RM1 untuk 1GB internet lewat malam (1 pagi hingga 7 pagi) untuk sehari.
  • RM1 untuk 1GB YouTube untuk sehari.
  • RM7 untuk panggilan tanpa had ke 10 nombor bagi tempoh 7 hari.
  • RM7 untuk 10GB internet lewat malam bagi tempoh 7 hari.
  • RM7 untuk 10GB YouTube bagi tempoh 7 hari.

 

Jika anda pelanggan sedia ada yang ingin membuat perubahan kepada pelan Xpax No Kelentong ini, anda hanya perlu mendail *118# untuk melangganinya.

Bagi para pengguna pelan sedia ada, anda boleh menikmati penawaran Internet Burung Hantu seperti biasa, dan tiada perubahan sekiranya mereka kekal menggunakan pelan lama berkenaan.

SUMBER RUJUKAN

Comments

comments

Share