Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Telefon pintar konsep Honor Magic diperkenalkan: Hadir Dengan skrin melengkung QHD dan Sokongan Kecerdasan Buatan

honor-magic_01Telefon pintar konsep Honor Magic diperkenalkan: Hadir Dengan skrin melengkung QHD dan Sokongan Kecerdasan Buatan

Baru-baru ini, Honor telah memperkenalkan telefon pintar konsep mereka yang dinamakan sebagai Honor Magic.

Honor Magic ini menawarkan rekaan skrin melengkung dengan paparan skrin 5-inci beresolusi 2560×1440 pixel. Ia menggunakan skrin AMOLED dan kerangka aluminium di bahagian belakang.

Ia dijanakan oleh pemproses Kirin 950, dilengkapi memori 4GB RAM, dan ruangan storan 64GB. Bater peranti ini berkapasiti 2,900 mAh dan ia turut menggunakan butang Home yang turut mengintegrasikan sensor pengimbas cap jari pada bahagian hadapan.

Untuk rakaman gambar, Honor Magic ini menggunakan dwi-kamera belakang 12-megapixel, dan kamera hadapan 8-megapixel.

honor-magicSistem operasi yang digunakan oleh Honor Magic ini adalah Android 6.0 Marshmallow dan juga perisian tambahan khusus yang dinamakan sebagai Honor Magic Live.

Selain itu, Honor Magic ini turut menyertakan sokongan kecerdasan buatan yang boleh mengetahui kaedah penggunaan seseorang pengguna. Sensor WiseScreen turut disertakan untuk mengenal-pasti apabila pengguna mengangkat peranti – dan ia akan mengaktifkan terus skrin Honor Magic.

Lebih-lebih lagi, Honor Magic juga mengintegrasikan fungsi FaceCode Intelligent Recognition yang hanya memaparkan notifikasi kepada wajah-wajah yang telah didaftarkan pada telefon berkenaan sahaja.

Telefon pintar konsep Honor ini akan dijual di pasaran China pada harga runcit CNY 3,699 (kira-kira RM 2,379).

SUMBER RUJUKAN

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.