Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Porsche Design Huawei Mate 9 boleh dipra-tempah hari ini pada harga RM6999!

mate9-porsche-designPorsche Design Huawei Mate 9 boleh dipra-tempah hari ini pada harga RM6999!

Huawei Mate 9 merupakan telefon pintar premium yang dilancarkan oleh Huawei pada tahun ini.

Selain daripada model biasa, salah satu variasi yang turut diperkenalkan oleh Huawei adalah kerjasama dengan pihak Porsche Design iaitu Porsche Design Huawei Mate 9.

Kini, peranti yang premium ini boleh dipra-tempah bermula hari ini, 15 Disember 2016 dan ia bakal dipasarkan di Malaysia bermula 22 Disember, menurut penyataan daripada pihak Huawei Malaysia.

Dari segi spesifikasi, Porsche Design Huawei Mate 9 ini dilengkapi pemproses Kirin 960, memori 6GB RAM, ruangan storan sebesar 256GB.

Skrin Porsche Design Mate 9 ini bersaiz 5.5-inci dengan paparan Quad HD. Ia juga mempunyai bateri besar yang berkapasiti 4,000 mAh.

Untuk rakaman gambar, ia menggunakan dwi-kamera belakang 20-megapixel yang berjenama Leica dan 12-megapixel. Kamera hadapan untuk Porsche Design Mate 9 ini adalah 8-megapixel.

Selain itu, ia turut disertakan pengimbas cap jari pada bahagian hadapan peranti ini yang berbeza dengan peranti Huawei yang lain.

Telefon pintar Huawei yang baru ini juga menawarkan skrin melengkung pada bahagian sisi dan kerangka belakang.

Huawei Mate 9 versi Porsche Design ini hanya dijual dalam kuantiti yang terhad. Model warna hitam pula hanya terdapat lima unit sahaja yang ditawarkan di 11street dan Vmall Malaysia pada harga yang tinggi iaitu RM6,999!

Jika anda ingin memiliki peranti Huawei yang paling premium ini, anda boleh membuat tempahan di 11street dan Vmall Malaysia bermula hari ini!

SUMBER RUJUKAN

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.