Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Kempen Blue Cube Weekend menawarkan promosi hebat termasuk telefon pintar percuma!

Celcom-Blue-Cube-Weekend-banyak-telefon-percuma

Kempen Blue Cube Weekend menawarkan promosi hebat termasuk telefon pintar percuma!

Bermula dari 25 sehingga 27 November ini, Celcom telah memulakan kempen ‘Blue Cube Weekend’ yang menawarkan promosi jualan hebat hujung tahun.

Dalam kempen ini, orang ramai berpeluang memiliki telefon pintar dengan percuma ataupun diskaun sehingga 80% dengan mendaftar kontrak dengan pelan Celcom First di cawangan Blue Cube dan Celcom Centre terlibat.

Diskaun dan peranti percuma ini ditawarkan bersama pelan Celcom First Gold Plus dan First Platinum di mana First Gold Plus datang dengan bayaran bulanan RM98 yang memberikan 20GB data bulanan bersama 20 GB data hujung minggu, manakala FIRST Platinum pula berharga RM150 sebulan dengan penawaran 30GB data bulanan serta 30GB data hujung minggu.

Promosi yang menarik ini terbuka kepada semua pelanggan Celcom. Jika kini anda pelanggan Celcom sedia ada, anda akan menerima kelebihan sepanjang kempen Blue Cube Weekend ini dengan menaik taraf pelan ke First Gold Plus atau First Platinum.

Celcom-Blue-Cube-Weekend-cover

Tawaran telefon pintar percuma dalam kempen ini termasuk Lenovo Vibe C, Samsung Galaxy J2 Prime dan ASUS Zenfone Go untuk pelan First Gold Plus. Pelanggan FIRST Platinum pula akan menerima pilihan yang lebih banyak dengan tambahan OPPO F1s dan Galaxy J3.

Selain itu, lebih banyak lagi telefon pintar lain dengan diskaun sehingga 80% boleh dimiliki semasa kempen ini.

Cawangan Blue Cube dan Celcom Centre yang terpilih untuk kempen ini seperti Blue Cube Sunway Pyramid, Celcom Centre Taman Molek JB, Celcom Centre Ipoh, Celcom Centre Kuantan, Blue Cube Suria Mall KK, dan Blue Cube Tun Jugah Kuching, akan turut mengadakan pelbagai pertandingan, pemberian baucar tukar beli, serta diskaun ke atas aksesori-aksesori peranti.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web Celcom.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.