Wiko Ufeel Prime kini dijual di pasaran Malaysia pada harga RM899

wiko-ufeel-prime-01Wiko Ufeel Prime kini dijual di pasaran Malaysia pada harga RM899

Wiko Mobile Malaysia telah melancarkan telefon pintar utama mereka di pasaran tempatan yang dipanggil sebagai Wiko Ufeel Prime.

Wiko Ufeel Prime ini hadir dengan skrin IPS 5 inci paparan HD penuh. Ia dijanakan oleh pemproses lapan teras Snapdragon 430, memori 4GB RAM dan storan 32GB yang boleh diperluaskan sehingga 64GB melalui kad mikroSD.

Untuk rakaman gambar, ia mempunyai kamera belakang 13 megapixel dan kamera hadapan 8 megapixel yang disokong oleh lampu Flash LED. Ia mempunyai bateri bersaiz 3,000 mAh dan menggunakan sistem operasi Android 6.0 Marshamallow dengan pelancar Wiko UI.

Wiko Ufeel Prime ini kini dijual di pasaran Malaysia pada harga RM899. Dengan penawaran 4GB RAM pada harga ini, Ufeel Prime merupakan telefon pintar yang berbaloi untuk dimiliki.

SUMBER RUJUKAN

Comments

comments

Share