Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi membuka Kedai Mi Store di Lazada Malaysia

mi-store-lazada-malaysia-01Xiaomi membuka Kedai Mi Store di Lazada Malaysia

Baru-baru ini, Mi Malaysia telah membuka kedai atas talian Mi Store rasmi di Lazada Malaysia. Jualan pertama Mi Store ini akan bermula pada 18 November.

mi-store-capsule-earphones-miband-2

Pada jualan pertama Mi Store rasmi ini, Mi Malaysia akan memperkenalkan tiga produk Xiaomi baru termasuk fon telinga Mi Capsule, Mi Power Bank Pro 10,000 mAh dan Mi Band 2.

Fon telinga Mi Capsule ini akan dijual pada harga RM 69, dan Mi Band 2 pula berharga RM 129. Sementara itu, Mi Power Bank Pro 10,000 mAh dengan sokongan USB Type-C boleh didapati pada harga RM 149.

redmi note 3 449

Di samping itu, sempena pelancaran Mi Store rasmi di Lazada, Redmi Note 3 16GB akan dijual pada RM 499! Sesiapa yang ketinggalan tawaran ini pada 11-13 Nov, jangan lupa bermula Jumaat ini, 18-25 Nov.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web Mi Store rasmi di Lazada.

SUMBER

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.