Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Siti Nurhaliza bakal dilantik sebagai duta Vivo V5 ?!

vivo v5 ambassador

Siti Nurhaliza bakal dilantik sebagai duta Vivo V5 ?!

Sejak awal tahun ini, pelakon terkenal, Nora Danish dilantikkan sebagai duta peranti siri Selfie OPPO di Malaysia. Untuk mengekalkan momentum pemasaran peranti baru mereka, Vivo akan memperkenalkan duta mereka sendiri untuk telefon pintar baru Vivo V5.

Mengikuti desas desus serta poster terbaru yang diterbitkan di laman Facebook Vivo Malaysia, Duta Vivo V5 dikhabarkan adalah penyanyi terkenal Malaysia, Siti Nurhaliza.

Vivo telah mengumumkan Vivo V5/V5 Plus akan diperkenalkan di pasaran Malaysia pada 22 November yang akan datang.

Dari segi spesifikasi, siri Vivo V5 ini dikhabarkan akan hadir dengan skrin 5.5 inci HD, dijana oleh pemproses Snapdragon 652, memori 4GB of RAM dan storan 32GB. Ia juga akan dilengkapi kamera belakang 13 megapixel dan kamera hadapan 20 megapixel dengan sokongan lampu Flash. Ini bermaksud kamera hadapan adalah ciri-ciri keutamaan peranti ini untuk menangkap gambar selfie yang cantik.

Ciri-ciri lain untuk peranti Vivo V5 ini termasuk pengimbas capjari dan bateri berkapasiti 3,000 mAh dengan sokongan pengecasan pantas.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh mengikuti laman web Facebook Vivo Malaysia untuk mengetahui lebih mengenainya.

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.