Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

BlackBerry DTEK60 kini dijual di pasaran Malaysia pada harga RM2338

blackberry-dtek-60-02BlackBerry DTEK60 kini dijual di pasaran Malaysia pada harga RM2338

BlackBerry telah memperkenalkan telefon pintar utama yang terbaru mereka, iaitu BlackBerry DTEK60 di pasaran Malaysia.

BlackBerry DTEK60 ini ada telefon pintar yang berasaskan Android dengan penawaran spesifikasi tinggi. Ia kini dijual di pasaran tempatan pada harga RM 2338.

blackberry-dtek-60-03

Dari segi spesifikasi, DTEK60 ini hadir dengan skrin bersaiz 5.5-inci dengan paparan QHD, ia dijanakan oleh pemproses Snapdragon 820, memori 4GB RAM dan ruangan storan 32GB.

Untuk rakaman gambar, ia menggunakan kamera belakang 21-megapixel dan kamera hadapan 8-megapixel. Bateri ia berkapasiti 3,000 mAh yang menyokong pengecasan pantas Quick Charge 3.0. Selain itu, ia juga mempunyai pengimbas cap jari pada bahagian belakang. Ia menggunakan sistem operasi Android 6.0.1 Marshmallow.

Anda boleh membuat tempahan untuk DTEK60 sekarang dan setiap pembelian akan menerima jaminan selama 12 bulan oleh Brightstar.

SUMBER RUJUKAN

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.