Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Gear S3 akan dijual di Malaysia pada harga RM1500

gear s3Samsung Gear S3 akan dijual di Malaysia pada harga RM1500

Samsung Gear S3 akan mula dijual di pasaran Malaysia tidak lama lagi. Baru-baru ini, harga runcit Gear S3 telah tertiris oleh MySamsung app iaitu RM1,500.

Samsung Gear S3 ini diperkenalkan di acara IFA pada bulan September yang lalu. Jam tangan pintar terbaru Samsung ini datang dengan penawaran rekaan yang premium dan menggunakan sistem operasi Tizen.

Gear S3 mempunyai muka jam bulat dengan sokongan kalis air IP68. Ia turut menyertakan speaker, integrasi sokongan LTE dan juga GPS terbina.

Di samping itu, anda juga boleh menggunakan Gear S3 ini untuk melakukan pembayaran secara atas talian.

Beralih kepada spesifikasinya, Gear S3 ini dilengkapi skrin 1.3-inci dengan paparan Super AMOLED pada resolusi 360×360 serta dengan Corning Gorilla Glass SR+ yang lebih tahan kepada calar. Ia juga menyokong teknologi Always On Display pada paparannya.

Jam tangan pintar ini dijana pemproses dwi-teras 1.0GHz, memori 768MB RAM dan ruangan storan 4GB.

Adakah anda akan membeli Gear S3 yang bakal dilancarkan di pasaran Malaysia pada harga RM1,500 ini?

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.