Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Harga Huawei Mate 9 di Malaysia dikhabarkan akan bermula dari RM2599!

huawei-mate-9-02Harga Huawei Mate 9 di Malaysia dikhabarkan akan bermula dari RM2599!

Baru-baru ini, Huawei telah melancarkan telefon pintar mereka di Germany yang dipanggil sebagai Mate 9. Sebelum ini, ia sudah diketahui bahawa Huawei Mate 9 akan dilancarkan di pasaran tempatan pada bulan ini dengan harga kurang daripada RM3,000.

Mengikuti laporan Mdroid, Mate 9 akan hadir di pasaran Malaysia dengan tiga variasi iaitu 4GB RAM+32GB storan, 4GB RAM+64GB storan dan 6GB RAM+128GB storan. Ia juga diketahui bahawa laporan Huawei Mate 9 Porsche Design tidak akan dipasarkan di Malaysia.

Dari segi spesifikasi, Huawei Mate 9 dilengkapi skrin 5.9-inci paparan HD penuh, dijanakan oleh pemproses Kirin 960, kamera belakang berteknologi Leica serta bateri bersaiz 4,000 mAh yang datang dengan sokongan Huawei Super Charge.

mate-9-02

Harga untuk 4GB RAM+32GB storan dikhabarkan akan dijual pada harga RM2,599, manakala 4GB RAM+64GB storan akan berharga RM2,899. Untuk versi yang menawarkan spesifikasi yang paling tinggi di Malaysia iaitu 6GB RAM+128GB Storan akan dijual pada harga RM3,399.

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.