Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi Redmi 4A dan Redmi 4 dilancarkan di China, harga bermula dari RM310

redmi4_02-600x360Xiaomi Redmi 4A dan Redmi 4 dilancarkan di China, harga bermula dari RM310

Kelmarin, Xiaomi mengumumkan telefon pintar bajet terbaru mereka dibawah keluarga Redmi yang mana memfokuskan kepada peranti berspesifikasi rendah-pertengahan. Kali ini, Xiaomi memperkenalkan tiga buah peranti iaitu Redmi 4A, Redmi 4 dan Redmi 4 Pro.

redmi4_04-650x276

Redmi 4A merupakan telefon pintar yang datang dengan spesifikasi yang rendah seperti skrin 5-inci paparan HD, cip pemprosesan Snapdragon 425, memori 2GB RAM, ruangan storan 16GB, bateri 3,120mAh, dan kamera belakang 13-megapixel.

redmi4_03-650x376

Redmi 4 yang mempunyai tubuh logam sepenuhnya pula menawarkan skrin 5 inci paparan 720p, dengan pemproses Snapdragon 430, memori 2GB RAM, dan ruangan storan 16GB, dijana bateri bersaiz 4,100mAh, sokongan pengimbas capjari dan hadir dengan kamera belakang 13-megapixel yang menyokong teknologi PDAF untuk rakaman gambar.

redmi4_01-650x375

Redmi 4 Pro pula mempunyai spesifikasi yang lebih kurang sama dengan Redmi 4. Perbezaan antara versi Pro dengan Redmi 4 adalah ia mempunyai paparan HD penuh, diperkasakan oleh pemproses Snapdragon 625, memori 3GB RAM dan ruangan storan 32GB.

Redmi 4A akan dijual pada harga CNY499 (~RM310), manakala Redmi 4 dan Redmi 4 Pro pula berharga CNY699 (~RM435) dan CNY899 (~RM560).

SUMBER RUJUKAN

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.