Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Digi menawarkan 50% data percuma kepada pengguna prabayar

Digi-Prepaid-50-Percent-More-Data-for-Monthly-Internet-Plans-770x364

Digi menawarkan 50% data percuma kepada pengguna prabayar

DiGi kini menawarkan 50% data percuma kepada pengguna Prabayar Digi Live dan Prepaid Best. Tawaran ini memberi 50% lebih kuota bagi langganan data tambahan. Pengguna prabayar boleh mendapatkan 7GB data gabungan dengan hanya RM28 sebulan.

Selain itu, anda juga boleh memilih pakej RM38 untuk mendapatkan 4.5GB data bulanan atau RM48 pula akan menerima 7.5GB data.

Langganan RM28 sebulan akan memberi 3GB data sebulan, bersama 2GB data strim video dan 2GB lagi data strim lagu. Manakala langganan RM38 sebulan menerima 4.5GB data bulanan, dan RM48 pula mendapat 7.5GB data.

Di samping itu, pelan baru prabayar Digi ini turut diberi 2GB data untuk strim video serta 2GB data untuk strim lagu.

Digi-Prepaid-add-on-lebih-50-peratus-kuota-internetBerikutlah adalah Penawaran Pakej Prabayar Digi terbaru:

Pakej Digi Prabayar RM 28

  • Penawaran kuota data: 7GB
  • 7GB data ini termasuk 3GB data internet + 2GB Digi Video Freedom + 2GB Digi Music Freedom

Pakej Digi Prabayar RM 38

  • Penawaran kuota data: 8.5GB
  • 8.5GB data ini termasuk 4.5GB data internet + 2GB Digi Video Freedom + 2GB Digi Music Freedom

Pakej Digi Prabayar RM 48

  • Penawaran kuota data: 11.5GB
  • 11.5GB data ini termasuk 7.5GB data internet + 2GB Digi Video Freedom + 2GB Digi Music Freedom

Jika anda ingin melanggani pelan Digi Prabayar yang terbaru ini, anda hanya perlu mendail *116*1# (RM28) atau *116*2# (RM38) atau *116*3# (RM48).

Untuk maklumat lanjut, sila melayari laman web Digi untuk mengetahui lebih mengenainya.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.