• Home »
  • Lenovo »
  • Lenovo melancarkan Moto Z dan Moto Z Play di Malaysia pada harga bermula dari RM1799

Lenovo melancarkan Moto Z dan Moto Z Play di Malaysia pada harga bermula dari RM1799

moto z n z playLenovo melancarkan Moto Z dan Moto Z Play di Malaysia pada harga bermula dari RM1799

Lenovo secara rasminya telah melancarkan telefon pintar modular mereka yang dinamakan sebagai Moto Z dan Moto Z Play di pasaran Malaysia hari ini.

Moto Z Play dijual pada harga runcit RM1,799, manakala Moto Z pula berharga RM2,699.

Moto Z hadir dengan skrin paparan QHD AMOLED berukuran 5.5-inci, pemproses Qualcomm Snapdragon 820, 4GB RAM , storan 64GB, kamera selfie 5MP (lensa lebar) , kamera utama 13MP dengan pemfokusan laser, OIS , dan lampu flash dwi-tona.

Selain itu, Moto Z ini juga memiliki sensor capjari , bateri berkapasiti 2,600mAh ( dengan pengecasan pantas yang mampu menawarkan 8 jam pengunaan dengan pengecasan 15 minit melalui slot USB type-C.

14859351_1688772118105393_2088666987_o

Moto Z Play pula hadir dengan skrin yang sama tetapi dilengkapi dengan spesifikasi pertengahan seperti penawaran pemproses Snapdragon 625, memori 3GB RAM, ruangan storan 32GB, kamera belakang 16-megapixel dan kamera hadapan 5-megapixel.

Ia mempunyai bateri yan bersaiz 3,510mAh dengan sokongan pengecasan pantas TurboPower. Ia turut menawarkan sokongan pengimbas cap jari serta lapisan kalis air.

14881346_1688771988105406_577151673_o

Selain daripada peranti, siri Moto Z ini juga boleh menambah Moto Mods yang dijual berasingan dengan penawaran beberapa ciri-ciri tambahan seperti kamera, projektor, audio, bateri dan sebagainya.

Kini, Moto Z dan Moto Z Play boleh dipra-tempah melalui Lazada dan 11Street bermula 4 November 2016. Bagi 50 pelanggan pertama yang membuat pra-tempahan akan menerima JBL SoundBoost Speaker Mod secara percuma dengan pembelian kedua-dua telefon pintar ini.

Berikutnya adalah Moto Mods yang terdapat di pasaran Malaysia dengan harga runcitnya:
14915032_10211317777287144_133224754_n

Gambar Moto Z, Moto Z Play dan Moto Mods:
14859479_1688771958105409_75065785_o

14881717_1688772051438733_1411579837_o

14907790_1688772088105396_1770932045_o

14875817_1688772074772064_468150046_o

14922915_1688772101438728_899257753_o

14895667_1688772011438737_802636683_o

14895504_1688772131438725_1870255587_o

14881679_1688771984772073_624255893_o

 

Comments

comments

Share