Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

LeEco Le Pro 3 kini dijual di pasaran Malaysia pada harga RM1499

leeco-le-pro-3-bigLeEco Le Pro 3 kini dijual di pasaran Malaysia pada harga RM1499

LeEco Le Pro 3 yang dilancarkan baru baru ini telah mula dijual di pasaran Malaysia melalui SatuGadget. Le Pro 3 ini adalah telefon pintar utama daripada LeEco, ia hadir dengan skrin 5.5 inci paparan HD penuh. Ia dijanakan oleh pemproses Snapdragon 821 empat teras dengan penawaran memori sebesar 6GB RAM dan ruangan storan 64GB. Bateri peranti ini adalah bersaiz 4,070 mAh dan ia menyokong sistem pengecasan pantas Quick Charge 3.0.

Untuk rakaman gambar, ia menggunakan kamera belakang  16MP dengan sokongan LED Flash dwi nada dan teknologi autofokus PDAF. Kamera depan pula ialah 8 megapixel.

Telefon pintar Le Pro 3 ini menggunakan sistem operasi Android 6.0 Marshmallow dan ia turut hadir dengan sokongan pengimbas capjari di bahagian belakang.

Unit import LeEco Le Pro 3 kini dijual di SatuGadget pada harga RM1,499. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web SatuGadget untuk mengetahui lebih mengenainya.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.