• Home »
  • Oukitel »
  • Oukitel K7000 dengan penawaran bateri sebesar 7000mAh dilancarkan di Malaysia pada harga RM499

Oukitel K7000 dengan penawaran bateri sebesar 7000mAh dilancarkan di Malaysia pada harga RM499

Oukitel_K7000Oukitel K7000 dengan penawaran bateri sebesar 7000mAh dilancarkan di Malaysia pada harga RM499

Hari ini, Oukitel telah melancarkan sebuah telefon pintar di Malaysia yang dilengkapi bateri yang besar! Peranti ini dipanggil sebagai Oukitel K7000.

Ciri utama peranti ini terlihat pada bateri besar ia yang berkapasiti 7,000 mAh dan ia dimuat ke dalam tubuh yang nipis. Sebenarnya, bateri K7000 ini hanya bersaiz 2,000mAh. Tetapi ia boleh ditambahkan dengan casing luar yang berfungsi sebagai powerbank dengan penawaran 5,000mAh kapasiti.

oukitel_k7000_03oukitel_k7000_08

Dari segi spesifikasi, Oukitel K7000 hadir dengan skrin 5 inci paparan HD serta diperkasakan pemproses MediaTek MT6737 A53 1.3GHz empat teras dengan GPU Mali T720. Ia turut dilengkapi memori 2GB RAM dan storan 16GB yang boleh diperluaskan sehingga 32GB.

oukitel_k7000_07

Kemampuan optik untuk peranti ini adalah kamera belakang 13 megapixel yang disokong oleh LED flash serta kamera depan 5 megapixel. Ia juga menyokong pengimbas capjari di bahagian belakang dan menggunakan sistem operasi Android 6.0 Marshmallow.

Peranti ini juga menawarkan dwi-SIM dengan sokongan rangkaian 4G LTE. Ia kini dijual di pasaran Malaysia pada harga runcit RM499.

oukitel-k7000-00

SUMBER RUJUKAN

Comments

comments

Share