Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Kes pertama Galaxy Note 7 terbakar di Malaysia dilaporkan

161016-samsung-galaxy-note7-cought-fire-malaysia-03Kes pertama Galaxy Note 7 terbakar di Malaysia dilaporkan

Samsung Malaysia telah mengumumkan bahawa semua peranti Galaxy Note 7 di Malaysia harus dikembalikan dan pengguna diberi dua pilihan sama ada untuk mendapat bayaran balik sepenuhnya atau tukar ke peranti Samsung Galaxy S7 edge.

Semalam, seorang pengguna Galaxy Note 7 telah menyatakan di Facebook bahawa peranti Galaxy Note 7 milik milik Robson Ng telah meletup dan terbakar.

Berdasarkan gambar tersebut, kita dapat melihat bahawa Note 7 milik mangsa tersebut telah rosak teruk dan casing peranti itu turut terbakar.

161016-samsung-galaxy-note7-cought-fire-malaysia-02161016-samsung-galaxy-note7-cought-fire-malaysia-04

Mangsa berkata kejadian itu berlaku pada kira-kira 4 pagi ketika dia dengan isterinya didalam perjalanan dan Note 7 milik beliau sedang dicaj ketika itu mula berasap secara tiba-tiba.

161016-samsung-galaxy-note7-fire-malaysia

Kami ingin menasihati para pengguna Galaxy Note 7 untuk memadamkan peranti Galaxy Note 7 anda segera dan membawa telefon pintar sekali dengan kotak ke Pusat Perkhidmatan Samsung untuk bertukar ke peranti Galaxy S7 Edge atau minta bayaran balik sepenuhnya daripada pihak Samsung.

SUMBER RUJUKAN

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.