Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Huawei Mediapad M3 ditawarkan di pasaran Malaysia dari harga runcit RM1699

nova-plus-mediapad-m3-01

Huawei Mediapad M3 ditawarkan di pasaran Malaysia dari harga runcit RM1699

Baru baru ini, Huawei Mediapad diperkenalkan bersama-sama dengan Huawei NOVA Plus untuk pasaran Malaysia.

Tablet baru daripada Huawei ini menawarkan sokongan audio daripada Harmon Kardon yang dijadikan fokus utamanya dengan penawaran audio berkualiti tinggi ketika pengguna menikmati kandungan melaluinya.

Huawei-MediaPad-M3_Luxurious-Gold-and-Moonlight-Silver

Dari segi spesifikasi, Mediapad M3 ini mempunyai skrin bersaiz 8.4-inci dengan paparan resolusi 2K, dijanakan oleh pemproses Kirin 950, memori 4GB RAM serta kamera belakang dan hadapan 8-megapixel.

Peranti ini disertakan dengan bateri berkapasiti 5100mAh yang boleh memainkan video sehingga 11 jam lamanya. Di samping itu, ia juga dilengkapi dengan pelbagai aplikasi Microsoft Office terbina secara percuma.

Huawei MediaPad M3 terdapat dua versi: Versi 32GB storan yang berwarna perak ditawarkan pada harga runcit RM1,699, sementara versi 64GB yang berwarna emas pula berharga RM1,999.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.