Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Pengeluaran dan penjualan Samsung Galaxy Note 7 ditamatkan secara kekal

note-7-01Pengeluaran dan penjualan Samsung Galaxy Note 7 ditamatkan secara kekal, pengguna di Malaysia boleh dapatkan tunai kembali atau tukar peranti lain

Samsung telah menamatkan pengeluaran dan penjualan Galaxy Note 7 secara kekal selepas masalah berkaitan dengan Galaxy Note 7 di seluruh dunia dilaporkan meletup dan terbakar.

Walaupun Samsung telah menarik kembali peranti berkenaan dan menggantikan ia dengan set baru, namun beberapa peranti baru dikatakan turut terbakar dan meletup secara tiba-tiba.

Oleh itu, Samsung mengeluarkan kenyataan pada 11 Oktober menyatakan bahawa mereka telah memutuskan untuk menghentikan penjualan Galaxy Note 7 secara kekal.

Kenyataan-Samsung-Malaysia-tentang-refund-atau-tukar-Galaxy-Note7-1024x614Hari ini, Samsung Malaysia telah mengeluarkan kenyataan dengan menawarkan dua usaha untuk menyelesaikan masalah Galaxy Note 7‎ untuk pasaran tempatan iaitu tukar ke peranti lain atau dapatkan semula wang tunai.

Bagi mereka yang telah memiliki Galaxy Note 7 sekarang, mereka ‎boleh mendapatkan kembali wang tunai penuh, ataupun ditukarkan kepada telefon pintar Samsung Galaxy S7 edge.

Pemilik Galaxy Note 7 akan dihubungi oleh Pusat Khidmat Pelanggan Samsung untuk maklumat lanjut. Anda boleh hubungi Samsung Malaysia Careline di talian 1-800-88-7799 jika terdapat persoalan atau lain-lain pertanyaan.

SUMBER RUJUKAN

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.