Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Digi menawarkan tiga pelan pascabayar baru: Dari RM50, anda boleh menikimati 10GB data internet !

Digi-New-Plans-Postpaid-50-80-110-2-768x395Digi menawarkan tiga pelan pascabayar baru: Dari RM50, anda boleh menikimati 10GB data internet !

DiGi telah melancarkan tiga pelan pascabayar baru yang menawarkan lebih data internet daripada pelan lama. Pelan pascabayar baru ini dipanggil Digi Postpaid 50, Digi Postpaid 80, dan Digi Postpaid 110.

Bayaran bulanan untuk Pelan Digi Postpaid 50 yang baru ini adalah sebanyak RM50. Penawaran yang terdapat dalam pakej ini termasuk 10GB data internet (5GB untuk setiap hari dan 5GB data internet 4G untuk hujung minggu).

Bayaran bulanan untuk Pelan Digi Postpaid 80 adalah sebanyak RM80. Penawaran yang terdapat dalam pakej ini termasuk 20GB data internet (10GB untuk setiap hari dan 10GB data internet 4G untuk hujung minggu).

Bayaran bulanan untuk Pelan Digi Postpaid 110 adalah sebanyak RM110. Penawaran yang terdapat dalam pakej ini termasuk 40GB data internet (20GB untuk setiap hari dan 20GB data internet 4G untuk hujung minggu).

Kuota internet yang boleh dibawa ke bulan hadapan untuk Digi Postpaid 50, Digi Postpaid 80, dan Digi Postpaid 110 adalah sebanyak 1GB, 2GB dan 3GB untuk masing-masing.

Bagi pelan Digi Postpaid 50, pengguna boleh menikmati 100 minit panggilan serta 100 SMS percuma. Pelan Digi Postpaid 80 pula akan menawarkan panggilan percuma tanpa had dan 300 SMS secara percuma. Pengguna Pelan Digi Postpaid 110 akan menerima panggilan tanpa had dan seribu SMS secara percuma.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web Digi.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.