• Home »
  • Vivo »
  • Vivo Y55L akan ditawarkan di Malaysia dengan sokongan fungsi split-screen

Vivo Y55L akan ditawarkan di Malaysia dengan sokongan fungsi split-screen

Vivo Y55Vivo Y55L akan ditawarkan di Malaysia dengan sokongan fungsi split-screen

Vivo Malaysia akan melancarkan telefon pintar bajet baru untuk pasaran tempatan tidak lama lagi yang dipanggil Vivo Y55L.

Vivo Y55L ini hadir dengan skrin 5.2-inci paparan HD, dijanakan oleh pemproses Snapdragon 430, memori 2GB RAM dan ruangan storan 16GB yang boleh diperluaskan sehingga 128GB.

Untuk rakaman gambar, ia menggunakan kamera belakang 8 mega-pixel dan kamera depan 5 mega-pixel. Selain itu, ia juga menyokong fungsi split-screen.

Peranti ini datang dengan pilihan warna emas dan kelabu, ia dijual di pasaran India pada harga USD180 (sekitar RM746).

SUMBER RUJUKAN

Comments

comments

Share