Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Gambar dan harga Huawei Mate 9 tertiris!

huawei-mate-9-01

Gambar dan harga Huawei Mate 9 tertiris!

Selepas beberapa desas desus mengenai Huawei Mate 9 akan dilancarkan pada November yang akan datang ini, gambar dan harga Huawei Mate 9 telah tertiris semalam.

Huawei Mate 9 ini dikatakan akan hadir dengan skrin 6 inci paparan resoulusi 1080p. Ia dijanakan oleh pemproses Kirin 960. Mate 9 ini mempunyai tiga pilihan yang berbeza bagi memori serta storan.

Ciri-ciri lain yang dilengkapi dalam Mate 9 ini termasuk dwi kamera belakang 20MP yang disahkan oleh Leica, sokongan OIS dan dwi-nada lampu LED. Peranti ini menyertakan kamera depan 8MP untuk selfie. Ia dijangka menggunakan pelancar EMUI 5 berasaskan Android Nougat 7.0.

huawei-mate-9-02

 

Huawei Mate 9 terdapat tiga versi untuk storan iaitu 64GB, 128GB dan 256GB. Versi 64GB dan 128GB akan dilengkapi dengan memori 4GB RAM, manakala storan 256GB itu akan dilengkapi dengan 6GB RAM.

Di samping itu, versi storan 128GB dikatakan akan menyokong teknologi Press Touch tahap kedua seperti yang terlihat pada Huawei P9 Plus, manakala versi storan 256GB itu akan dilengkapi dengan paparan Quad HD dan sokongan teknologi Press Touch tahap ketiga.

Huawei Mate 9 versi storan 64GB akan dijual pada harga dari CNY 3,199 (kira-kira RM 1,973) hingga CNY 3,399 (kira-kira RM 2,096) untuk rangkaian yang berbeza di China. Pilihan warna untuk versi ini termasuk Perak, emas dan kelabu. Manakala versi storan 128GB dan 256GB akan dijual pada CNY 3,899 (kira-kira RM 2,404) dan CNY 4,699 (kira-kira RM 2,898) dan ia terdapat enam pilihan warna iaitu Pink, kelabu, Gangsa, Perak, emas dan hitam.

SUMBER RUJUKAN

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.